Mar 8, 2005

Ujian, Psikologi dan Tuhan

Dalam psikologi, dikatakan bahawa level intelek seseorang berpotensi untuk 'menaik'. Maksudnya, semua orang boleh menjadi bijak, pandai, intelek dan sebagainya. Tapi, ia hanya adalah atas ransangan (stimulasi) yang berlaku pada otak. Ya, bila otak diransang, maka tahap kepandaian itu bisa menaik. Contohya, bila otak diperlukan utk berfikir, membuat keputusan dan sebagainya.

Neuron-neuron pada kala itu akan lebih aktif dan dikatakan semakin neuron diguna, semakin banyak impak positifnya pada manusia. Ditambah pula dengan metod seseorang itu menyelesaikan sesuatu (contoh) maknanya dia akan membuat kajian, menambah bacaan dan mentafsir melalui rujukan. Maka di sini akan membantu neuron utk aktif digunakan atas tujuan tadi. Jadinya, makin banyak diguna, otak kita akan semakin aktif, dan paras intelek sudah semestinya meningkat.

Melihat pula dalam Islam. Tetiba aku cuba nak mengkaitkan tentang ujian dan hikmah. (Alah!! Apa ada pada keduanya?? Apa pula kaitannya dengan minda?) Subhanallah! Ini yang ingin aku kongsikan. Lihat, ada kan Allah kata ujian itu sebahagian dari kehidupan? Ada kan yang dikatakan bahawa siapa yang bersabar akan mendapat natijah kebaikan? Ada kan bahawa dikatakan ulil albab itu dapat melihat hikmah atas segala kejadian di sekeliling mereka??

Tentunya itu semua tamsilan dari kalam Tuhan, yang universal dan sungguhlah Islam itu mengajar erti kehidupan. Bagaimana aku menggabungkan segala? Kalian dah pening?? hehe. Tak, aku yakin kalian bisa melihat apa hasil dari setiap elemen yang aku cuba bawakan.

Ujian?? Manusia akan berfikir tentang ujian kan? Bila ditimpa musibah,manusia akan cari jalan penyelesaian kan? Jika diburu gelisah, manusia akan cuba cari penawar kan?? Dan itu yang aku panggil stimulasi otak. Otak akan digunapakai atas tujuan kognitif (berfikir, membuat keputusan, pilihan dsb) Jadi bila dikaitkan keduanya, nampakkan bagaimana ujian itu menjadi sumber kepada peningkatan intelek.

Rasanya, jika manusia itu tak berfikir, bolehkah dia menjadi pandai? Jika manusia itu tak mencari solusi, tak menimbang keputusan, tak meransang penyelesaian..bisakah dia keluar dari pemasalahan? Bisakah dia mengumpul maklumat dan ilmu utk setiap problemnya?? Tak..dia takkan dapat buat apa sebab dia tak membuat mindanya utk berfungsi baik. Cara bagi makan paling senang utk otak adalah dengan cara kognitif tadi dan sebab itulah Allah menyebut ulil albab (mereka yang berfikir) Cuma mereka yang berfikir dapat melihat lebih 'dalam' kehidupan ini.

Ambil contoh paling mudah. Jika seseorang nak buat persembahan pentas. Agak-agaknyalah apa kah dia nak membuat sesuatu yang sama dengan orang lain? Tak, sebab dia tahu paras kompetansi itu tinggi. Dan itu masalahnya, jadi nak buat apa?. Disebabkan dia dalam masalah dan dia akan mula berfikir bagaimana nak menghadapi masalah itu. Dia guna kognitif. Sekarang ni ada elemen kreatif. Berkat berfikir dan menimbang setiap unsur sebab dan akibat, lantas dia akan menjadi sekreatif yang mungkin. Satu hajatnya, nak menjadi lain dari yang lain, dan nak memenangi pertandingan tersebut.

Lihat Mazlan PET PET sebagai contoh, oleh kerana ideanya lain dari yang lain semasa persembahannya dalam Sinaran tempoh lalu, maka dia berjaya mengetengahkan bakat sebagai artis kini. Siapa sangka yang dia akan membawa tarian Michael Jackson pada hari kejadian..heh!! Dalam Sejarah Islam, kita ada Salman Al Farisi, oleh kerana idenya cemerlang utk menggali longkang besar, maka itu mencetus kejayaan Islam dalam Perang Khanda'. Jika mereka dok guna cara lama, apakah mereka akan berjaya seperti dalam Perang Badar?? Ya, itu sebab Allah suruh kita berfikir, mencari natijah ujian dan sesiapa yang berfikir akan mendapat imbuhan lebih sebab berbaik sangka pada ujian yang Allah dengan cara bersabar dan redha.

Aku kira kalian sudah maklum bahawa aku baru kehilangan sahabat karibku yang bernama Nokia 3120 (baru aje berkenalan sebulan yg lalu) Menangis, sedang aku lemah masa tu. Tercari-cari, aku bagai hilang seorang anak. Senyum pun sukar dan baru aku sedar yang tidak mudah untuk melaksanakan sesuatu yang sering diperkatakan. Aku selalu mengatakan ayat ini kan : 'Senyumlah hati kan bahagia' Dan pada hari itu, muka aku rasa keras, susah benar nak tersenyum. Susah. Dan aku tetiba teringatkan blog ini, teringatkan kalian. Lantas, aku cuba memujuk hati sendiri. Subhanallah! Aku akhirnya bisa tersenyum, ketawa, berjenaka (seperti aku yang selalu) dan aku dah selesai membentang proposal (dengan hati kalut dan sayu) Segalanya berkat berfikir.

Tuhanku, Dia memberi kekuatan utk menimbang segala. Bila terfikir ttg Tsunami, lebih banyak yang hilang, malah nyawa pun tak boleh nak dicari kembali. Dan rasional cuba meyakinkan aku (Aku baru hilang henpon) Hud adikku dalam nada seloroh berkata: 'Takpelah hilang henpon, nasib baik Kak Long tak hilang iman" Terima kasih atas ingatan itu dik. Dan beberapa sahabat yang menyenangkan aku saat sedih, terima kasih.

Ya, mungkin Allah nak gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Atau ini kifarah atas dosa lama, atau ini caranya Allah nak membantu aku meningkatkan nilai iman dan sabar. Subhanallah!Terima kasih kerana mencetus keadaan husnu dzon ini wahai Tuhan.

Aku mencari damai hakiki. Aku pasti ada cara dan kesempatan untuk memiliki sahabat karib itu semula. Di situ kognitif membantu, hikmah melewati sengsara hati dan aku tak menangis lagi. Senyumlah, hati pasti bahagia, kan?? Satu lagi yang terdetik ialah mungkin Tuhan suruh aku berehat dari terkejar dengan tugasan dan dateline..final pon around the corner(hehe..aku ni sibuk sangat kah??) Yelah, dah takde henpon, mmg lah takde lg SMS dan panggilan yang menuntut komitmen aku. Tapi, aku rasa bersalah pula,kawan dan kerja memerlukan aku dan aku pula tak dapat nak dihubungi.

Konklusi: Hakikatnya bahgia itu adalah ketenangan, bila hati mengingati Tuhan...Jazakumullahukhair.

No comments: